Followers

Friday 2 August 2013

RESIPI SUP KIMCHI DAGING DAN BIBIMBAP

Salam semua!! Haiii..mesti berkobar-kobar korang nak raya kan kan? Saya ala kadar ja…serius this year simple sahaja..

Ok, semalam saya ada plan nak masak sup kimchi dan bibimbap kan. Saya masak memang saya olah version saya ya. Untuk nasi bibimbap saya guna bahan yang mana ada ja ya. Kalau ikutkan nasi ni banyak guna sayur-sayuran. Tapi saya ada pun x banyak. So simple ja. Semalam buka puasa makan ni lah..hehe

Seperti yg saya janjikan, ini lah resipinya.

SUP KIMCHI DAGING LEMBU


Bahan-bahan:
Kimchi ( boleh didapati di pasar raya seperti Giant, Tesco dan lain-lain)
Daging lembu
Cili padi (saya tambah sendiri untuk dapatkan kepedasan)
Sedikit cuka
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis

Cara-cara masaknya:
  • Ambil daging dan masukkan air juga ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan kimchi (agak-agak ..nak lebih masuk lebih)
  • Masukkan cili padi (tak perlu potong, just ketuk2 ja)
  • Masukkan sedikit cuka, gula , garam dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa
  • Tutup periuk dan biarkan mereneh. Agak2 daging dah empuk ok lah. Tutup api dan hidangkan.


NASI BIBIMBAP (VERSI SAYA)


Bahan-bahan:
Nasi
Daging kisar @ daging burger yang dihancurkan
Terung dihiris nipis
Tauhu
Bawang putih
Black pepper
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasaknya:
  • Masak nasi
  • Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
  • Terung digoreng. Semasa goreng terung taburkan black pepper dan garam. Ketepikan
  • Goreng tauhu. Garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih. Masukkan daging kisar @ daging burger hancur. Masukkan lada hitam, sedikit garam dan gula dan serbuk pati ikan bilis. Goreng seketika sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan sedikit nasi dalam mangkuk. susun semua bahan-bahan yang digoreng tadi dengan cara anda. Boleh juga letak sedikit kimchi yang beli tadi di atas nasi.


Pilihan lain, anda boleh hiris nipis nipis lobak merah, timun jepun atau sayur-sayur lain yang anda inginkan. Olahkan sendiri resepi anda! hehe…

Cara makan:
Gaul semua bahan-bahan tadi dengan nasi. Makan dengan sup kimchi daging!..Saya suka! Mungkin sesetengah orang x suka kimchi jadi mungkin boleh tukar kepada sup tomyam kan! Yang penting selera anda.  





12 comments:

Umialya said...

tunjuklah pic kimci, maklum le org kg.. hihihi

Anum said...

sedapnya

musang said...

sedap ni!

wantie said...

baru hari ni dengar kimchi. cam no rupa dia yer. nanti nak google.

Unknown said...

alamakk.. pelik2 je deqla tgk..hahaha.. nmpk dgt deqla ketinggalan.. kimchi pun tak tau sebnrnya... ;p

Ratu Hatiku said...

Nmpk mcm sedap jerk.. :P

TelingaBulat said...

boleh cuba ni nanti ;)

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.intan...

tu dia k-pop version malaysia style.. eheh,, rajin akak olah menu sendiri.. wajib cuba! tungguuuu... :)

tenkiu share recipe yer.. :)

Cikrosecute said...

sedapnya...terliur tengok...

Unknown said...

kimci yg org korea makan tu ker

Miss N™ said...

terliur nur tgk...
sambil mkn feeling ala2 korea kan kak.. :)

Unknown said...

wah makanan korea ni..akak tak penah try pun